Bismillahirrahmanirrahim

Bismillahirrahmanirrahim
Jom kita amalkan

Monday, 28 May 2012

Penantian 9 bulan 29 hari

Assalamualaikum wbt

Syukur Alhamdulillah, sekarang sedang menghitung detik hari-hari terakhir untuk habis berpantang. Tempoh 44 hari memang panjang, tidak terbayang macam mana ada yang berpantang sehingga 100 hari. Memang tabik spring la. Untuk yg berpantang 44 hari ni pun dah ngidam macam-macam. Rasa gatal je tapak kaki ni nak pergi melihat dunia luar. Oh! Bersabarlah wahai hati, sikit je lagi ni haaaa

Pengalaman mengandung selama 9 bulan 29 hari memang sangat berharga. Setiap detik dilalui dengan penuh rasa debar, risau, seronok, cuak dan sebagainya. Menjelang detik kelahiran,  macam-macam perkara berlegar-legar dalam kepala ni! Jangan tanya la perasaan time tu, segala macam rasa ada! hehe.
Untuk entry kali ni , saya nak share detik-detik kelahiran anakanda, Adam Naufal ke dunia. Setiap ibu melalui detik istimewa ini dengan pengalaman dan kisah tersendiri. Bagi saya, pengalaman ini sememangnya tidak dapat dijual beli dan tidak ternilai harganya!

Pada 29 April 2012, terasa seperti ade aliran air deras yang keluar dari V. Perkara pertama yang terlintas dalam hati " Air ketuban! Ok, jgn panik". Lepas dah salin baju dan siap-siap nak ke klinik, saya segera menelefon Dr. Marsita. Dalam perjalanan ke Pusat Bersalin Kohilal, Taman Melawati, terasa seperti macam dalam mimpi pun ada! Yerla kan, finally!!! Kalau ikut tarikh sepatutnya 30 April, tapi terawal sehari pulak air ketuban nak pecah. Sampai di klinik, saya terus diminta untuk tukar "uniform". Tanpa melengahkan masa, nurse bertugas memasukkan ubat ke dalam laluan buang air besar untuk membuang segala isi perut sebagai persediaan untuk bersalin. Lepas dah selesai semuanya, terus dimasukkan drip dan saya diminta untuk baring di atas katil dan meminimumkan pergerakan. Pada waktu itu, rasa contraction agak mild. Bukaan pun baru 3 cm. Bak kata nurse dekat situ, "kalau baru 3 cm, lambat lagi nak bersalin..rehat-rehat dulu sbb tenaga kena disimpan juga".

Bila kita dalam wad bersalin, memang tidak perasan ape yg berlaku pada dunia luar. Selang beberapa minit, mata ni memang akan tengok jam sebab nak tahu berapa lama lagi nak ditunggu. Dalam mengisi waktu yg ada, saya membaca beberapa surah dari Al-Quran dan memasang zikir di handphone. Alhamdulillah, apa yang dilakukan sangat banyak membantu saya untuk jadi lebih tenang. 

drip pertama yang diberi..
breakfast

      Selepas hampir 10 jam, bukaan masih lagi 3 cm! Drip yang dimasukkan ke dalam badan sudah ditukar sebanyak 2 kali. Dah rasa frust sebab terasa lama menunggu tp bukaan tetap sama. Rasa sakit dah makin terasa terutama dibahagian ari-ari. Sakitnya seperti period pain but still bearable. Bila nurse dah masukkan dose yang paling tinggi dalam water drip yang ke-3, baru mula terasa berdenyut-denyut bahagian bawah perut. Pada waktu itu, jam menunjukkan pukul 6.00 petang. Badan mula terasa kebas terutama di bahagian perut hingga ke kaki. Kebetulan pula, en.suami dan ahli keluarga yang lain tiada di sisi menyangkakan lambat lagi nak bersalin. Bila kita keseorangan di kala kesakitan, kekuatan semakin hilang dan badan mula terasa lemah. Sakit contraction semakin kuat. Makin ketara bila nurse memasang CTG (alat untuk memantau denyutan jantung bayi dalam kandungan) di badan. Semakin lama bunyi / gelombang dari CTG bertambah kuat, menandakan kontraksi semakin kuat. Berkali-kali zikir dan doa di baca, semakin kuat kesakitan melanda.Setitik demi setitik air mata mula bergenang di pipi. Tiada kata yang boleh diucap untuk membayangkan kesakitan luar biasa itu. Digagahkan diri untuk menaip sms kepada en. suami, "Sakitttttttt.....". Hanya itu yang mampu ditaip.

Dalam masa 15 minit, en.suami sampai dan terus berada di sisi sehingga detik-detik akhir kelahiran. Serba sedikit, perasaan cemas beransur hilang bila en.suami berada di sisi. Memang kesakitan tidak berkurangan, sekurang-kurangnya kehadiran insan tersayang membantu memberikan sokongan moral dan emosi. Tangan en.suami digenggam erat sehingga meninggalkan kesan merah-kemerahan! Beberapa kali dia terpaksa menahan kesakitan cengkaman jari jemari isteri yang dulu selembut sutera (kononnya! haha) yg tiba-tiba bertukar macam kerengga! Apa yang paling penting, en. suami tidak panik! Pheeeeeeeew, berkali-kali dia cuba memimpin diri untuk teruskan berzikir. Air zam zam dititiskan di bibir dan cebisan kurma diberi bagi membantu mengekalkan tenaga. Seperti yg dipelajari di kelas antenatal dan melalui pembacaan sebelum ini, en.suami turut membantu saya supaya maintain teknik pernafasan yang betul bagi mengelakkan bayi lemas dalam kandungan. Perkara yang paling dirisaukan adalah jika bayi lemas dalam kandungan, doktor terpaksa melakukan pembedahan kecemasan bagi menyelamatkan kedua ibu dan anak.

Semakin lama, kesakitan makin kuat. Bila yang berhawa dingin tiba-tiba terasa semakin panas. Mujurla mak berada dalam bilik yang sama mengipas buku di bahagian muka bagi mengurangkan rasa panas yang merimaskan. Kaki yang kebas turut terasa tempias panas yang luar biasa. Ramai berkata sakit bersalin merupakan sakit kedua paling dahsyat selepas sakit menghadapi kematian.Subhanallah, jika kesakitan ini yang dilalui oleh mak 27 tahun dahulu, memang tidak mampu la saya sebagai anak untuk membalas segala jasa dan pengorbanan. Terima kasih, Mak. 

Bila nurse check bukaan, sekali lagi kami dikejutkan dengan bukaan yang masih sama. Masih 3cm!! Astagfirullahalazim, besarnya dugaan Mu, Ya Allah. Melihatkan keadaan diriku yang semakin lemah, nurse memberi bantuan sedutan gas Entonox iaitu campuran gas oksigen dan nitrus oksida yg memberi kesan  menghalang deria rasa daripada mengalami kesakitan dan sampai ke otak. First time diberikan bantuan pernafasan, terasa macam scene dalam drama Grey's Anatomy pulak!! Hurmm, sedutan gas Entonox membantu tapi lama kelamaan menjadi kurang berkesan untuk menghalang rasa sakit kontraksi.  Disebabkan bukaan masih sama, saya bersetuju untuk diberikan suntikan ubat opiod. Ubat ini juga berfungsi untuk menghalang otak daripada merangsang deria kesakitan. Sebaik sahaja suntikan diberi di bahagian paha, saya terus rasa sangat khayal dan mengantuk. 

Dengan kuasa Allah taala, bukaan yang awalnya 3cm terus meningkat ke 9cm!! Pada ketika itu, suasana di bilik bersalin sudah menjadi cemas. Dalam keadaan separa sedar, saya hanya mampu teringat suasana bilik bersalin di mana semua nurse bersiap sedia menyediakan alatan berkenaan untuk menyambut kelahiran. Sayup kedengaran di hujung telinga, salah seorang nurse berkata ..."dah nampak kepala baby! tapi doktor belum sampai lagi!" Ok, doktor belum sampai lagi kerana menyangka lambat lagi saya akan bersalin sebab bukaan awal baru 3 cm.Wujud keadaan cemas kerana bayi boleh lemas sekiranya tidak dapat dikeluarkan dengan segera. Selang beberapa minit, kelibat doktor Marsita kelihatan, Alhamdulillah! Saya yakin bukan saya sahaja yang terasa lega bila doktor dah sampai... Kesan suntikan opiod masih kuat terasa. Kaki terasa longlai dan lemah, mata terasa sangat mengantuk dan sangat susah untuk dibuka luas. Bila nurse cuba mengangkat kaki ke paras paha, kaki terus terkulai semula. En. suami dan nurse cuba menyedarkan saya supaya cuba kekal sedar. Sememangnya, segala kudrat telah hampir habis sewaktu menahan sakit kontraksi. Apabila doktor dah bersedia untuk menyambut bayi, masih jelas diingatan pada waktu itu...

Doktor : Hidayah, dengar arahan doktor. Tarik nafas dalam-dalam dan push dengan kuat bila hembus nafas. Ikut doktor: Bismillahirrahmanirrahim, rabbi yassir wala tu assir ya karim. Tarik nafas dalam-dalam..... PUSH!!

Me: (nafas ditarik sedalamnya dan dengan sekali teran........
)
*

*

*
 
*
 
                                                                                  *

(tangisan baby kedengaran)
Baby boy seberat 4.0 kg selamat dilahirkan pada pukul 10.12 pm.

si jantung hati
Syukur kehadrat Illahi, bayi yang dilahirkan sihat walafiat walaupun tak dijangka beratnya 4.0 kg. 
2 minggu sebelum bersalin berat baby baru mencecah 3.5kg. Mungkin mommy dia berselera towards last days of pregnancy hehe. Bila baby selamat keluar dari mommy's womb, terasa seperti sebiji buah tembikai keluar dari perut!! rasa kosong perut serta merta! fuh.. Walau masih berada dalam keadaan separa sedar, masih diingat sewaktu en.suami diberikan kesempatan untuk memotong tali pusat baby untuk dipisahkan dengan uri. Baby pula keluar dalam keadaan bersih tanpa ada kesan darah, subhanallah. Dan rezeki baby juga sebab berpeluang direct feed sebaik sahaja selamat dilahirkan. Dengan berkat doa yang dititipkan semua, baby lahir dalam keadaan sihat walafiat dan saya juga berada dalam keadaan yang stabil :-)

Seperti kebiasaan, baby diazankan dan ditahnikkan oleh en.suami yang officially menjadi seorang daddy. Pada ketika itu juga, terpancar cahaya kegembiraan di wajah mak, abah dan zetty. Sekarang ni semua dah naik pangkat jadi maktok, atok dan mokcu. Bila first time tgk muka Adam Naufal, rasa macam tidak percaya pun ada. Dengan pipi yang tembam dan rambut yang lebat, terasa macam nak gomol-gomol sampai puas! Mujurla mommy dia berada dalam keadaan mamai! Rasa nak tidur puas-puas pun ada time tu.....

Detik bersalin merupakan satu permulaan bagi perjalanan yang indah yang bakal ditempuh bagi setiap ibu. . Segala rasa sakit bersalin serta merta hilang bila wajah bayi yang dikandung hampir 10 bulan ditatap dan berada erat dalam dakapan. Kehadiran Adam Naufal telah melengkapkan mahligai yang dibina bersama en.suami. Semoga kami dapat menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan Allah ini sebaik mungkin, insyaAllah. Untuk anakanda Adam Naufal, mommy and daddy love you very much!
     




Saturday, 26 May 2012

sweet dreams, anyone?

Assalamualaikum wbt
Dalam tempoh 20 hari pertama berpantang, waktu malam adalah waktu yang paling mencabar kewibawaan. Hampir setiap jam Naufal akan bangun menangis untuk menyusu. Teringat pesan kawan-kawan sebelum bersalin " Tidur puas-puas sekarang yer, dah ada anak nanti takde peluang dah..." haish, terngiang-ngiang pesanan ni sampai sekarang! yerp, it's true that now I'm no longer have my 6-7 hours of uninterrupted sleep! Nak bermimpi pun separuh jalan jer haha!! seriously, kalau bukan bangun untuk tukar diaper or nyusukan Naufal, kadang-kadang bangun sebab nak kena layan kerenah si kecik yang nak dilayan waktu tengah malam. Looking at the bright side, I would say that is the best bonding time for both mommy and Naufal :)

  
bonding time for Naufal and daddy too!
Atok pun lena bila Naufal lena....hehehe

Recently, my husband went to Sabah and bought Naufal a soft toy. We named it, Tim the turtle. Why Tim? Sebab mata turtle ni stim habes la hahaha.(takkan nak panggil stim kan? Tim sounds better).. Although, at  this stage Naufal can't show any sign appreciation towards toys, we still had good time looking at how he cuddles it while sleeping. oh well, Zetty was the one who put Tim around Naufal,,baby dalam hari mana la pandai sgt nak peluk soft toy lagi kan eheheheh

with Tim the turtle ;)
sweet dreams everyone ~

Tuesday, 15 May 2012

hiccups!

Assalamualaikum wbt.

Just want to share some useful tips on how to deal with hiccups (for babies only)
I was told bout this tip from my father in law and some of friends. Seriously, it works for Naufal!

First of all, just tear a small piece of paper ( tidak perlu besar sangat sbb nak diletakkan di atas kepala baby). Kemudian basahkan kertas yg telah dikoyak tu dengan sedikit air (air paip pon boleh). Kertas yang dah dibasahkan itu boleh diletakkan di bahagian tengah dahi bayi dan dibiarkan seketika. insyaAllah, tidak lama lepas tu hiccups pon beransur hilang...

letak sekejap je, nanti bila kering air dekat kertas tu tertanggal sendiri la dari dahi baby


mesti Naufal musykil dengan kertas yg ter'lekat' atas dahi dia kan? hahaah

Mula-mula memang panic bila baby dah start sedu especially lepas mandi! My aunty siap suruh bagi dia minum air masak so that hilang sedu nyer itu. Memang kalau boleh, selagi ada rezeki Naufal untuk minum susu badan memang xnak bagi sebarang jenis air sampai umur dia cukup 6 bulan....Tapi tula, kalau kita bercakap pasal info kesihatan dengan orang yang dah makan garam dulu macam xproper la kan. Mujur tips ni dtg tepat pada masanya! phewwww.. InsyaAllah, selagi ada susu di badan untuk Naufal selagi tu dia akan terus mendapat khasiatnya, Ameeeen...

Saturday, 12 May 2012

Happy Mother's day

Assalamualaikum wbt

Happy Mother's day 
to all mommies out there 

-mommy brella-

Mommy and daddy love u too, Naufal :)

Saturday, 21 April 2012

Date Night?

Assalamualaikum wbt

Have you watched the movie Date Night? It was about how a married couple plan to go for a date was ruined.The movie reminded me about what happened to hubby and I when we went for our date too!
Of course, it was not as tragic or crazy as what happened in the movie. But I could see the resemblance though lol!



                                                

Ok, Mr. hubby has been busy off lately as his new working condition requires much of his time. He went for outstation quite often and no longer has the 'free' time like before. Basically, the routine is a total opposite of becoming a cikgu in sekolah, obviously. Keluar kerja as early as 6.30pm and arrives home around 6.15pm. Actually, that's quite ok if we are to compare with those who have to bear with heavy traffic everyday! As for me on the other hand, since I'm on my cuti, I always want to find ways to go out for jalan-jalan. (Note : bukan shopping, jalan-jalan sahaja). So, we went for a date night on last Friday (20/4/2012).

We went to E@Curve (previously known as Cineleisure) in Damansara and had our late dinner at Tony Roma's. Frankly speaking, I think the service was quite poor as compared to Mid Valley Tony Roma's! Can  you imagine, how can the main dish arrived before the appetizer? and later followed by the plates after we've been requesting them for several times??? Surprisingly, the food = a total disappointment, except for the salad.*grrrrrrrr* ok i shall skip this makan issue coz let bygone be bygone. Malas nak rasa sakit hati tu lagi.

Around 1030pm, as many shops have started to close, we made our move to the cark park. Suddenly................. Hubby noticed that one of the tyres was puntured! At first, I remained calmed knowing that the spare tyre will save the day. Unfortunately, as we checked the condition of the flat tyre, we realized that it's also flat! *oh pengsan*. I started sweating coz the heat at the cark park was warmer than usual (or maybe I'd started panicking!) Time tu memang doa banyak2 supaya janganla terbersalin time2 macam ni :(( .Nak minta tolong, ramai yg dah balik and I guess many assumed that we have the spare tyre to rely on. After a while, there was this peronda appeared and offered to help us. He brought the spare tyre to the nearest Petronas to pump it up. Thank you pakcik guard for being such responsible and considerate person. Alhamdulillah..
  


ini lah pakcik yg sgt baik hati!

With the unpleasant memories in Tony Roma's and the unforgetable incident at the cark park, no wonder la I kept comparing our condition with the ones in Date Night..haha. What a night!!!
                                  Moral of the story (especially for all female drivers):
  • Check the condition of your spare tyre at least once a month
  • Do you know how to change the spare tyre? if your answer is 'No', you should learn to do it NOW especially with your own car

  
the screw was the culprit!
The spare tyre

the rym

Tayar yang rongak!


Luckily, I was with him, my hero of the night!!!




Thursday, 19 April 2012

Perodua Viva ku



Assalamualaikum wbt


Today, I'm in the mood to talk about my Perodua Viva. From March until April this year, I've already spent more than RM 1,000 on my Viva! Bukan tambah spare part or accessories, but more on repairing. Seriously, I've been thinking for so many times, macam mana la orang lain pakai kereta besar nak maintain their own car.Bulan ini saja duit keluar macam air....

Some facts about my Viva
  • It is known as Baby-V
  • I started using it since mid year 2008 when I did my practical in SMK Hillcrest.
  • Mak subsidised half of the monthly payment until I got my first pay in 2009.
  • I chose black because black symbolises masculine and exclusivity. yeah right :p
  • It is super fuel efficient
  • It has travelled to many places such as Kedah, Penang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Pahang despite its small size.
After almost 4 years of using it, I began to realize that Baby-V is no longer as fit as before.Sedih ok!!
  • Enjin boleh mati tiba-tiba walaupun gear masih di DRIVE (D)
  • Temperature kereta turun naik tak tentu
  • Indicator engine (yg warna kuning tu) boleh appear suka hati walaupun tgh driving!
  • Power window for the other 3 doors are not functioning well except for the main door
Semalam hantar kereta ke Perodua Centre to fix few things; water coolant, wiring and spark plug. All in all the total cost was nearly RM 800 including thorough scanning. Pejam mata je la nak bayar sbb kalau tak repair sekarang bila lagi? lagi pon, the car needs to be in good condition sbb nak bawak hari-hari ke Rawang. Agak risky bila enjin asyik mati tgh jalan je kan. Alhamdulillah, tak pernah pula stranded dekat highway Selayang-Templer-Rawang dalam 4 tahun ni *phew*

Bila dah jadi gitu gini, ramai dah berbunyi
  • "tak nak tukar kereta, ker?"
  • "Gaji dah naik takkan still pakai kereta yg sama?"
  • "Are u using Viva, still?"
  • "Ala, Viva je pun....." (kecil kereta ku, kecil lagi hati ku...sob sob sob)
Hahaha. it's easier said than done. I'm not the type of person who loves to change cars like changing clothes. Ukur baju di badan sendiri kut. In fact, I love my car so much! Senang nak parking, jimat minyak, senang nak cuci etc2. Lagipun, when we talk about our 1st car, it gives u such great memories. Beli time masih belajar dengan duit simpanan sendiri and I didn't rely on my parents to pay the down payment too.  Rasa sayang sgt nak tukar kereta macam tu saja.......biarla repair betul-betul and hopefully the performance and condition will be as good as before. Wallahualam, kita hanya mampu merancang Allah yang menentukan. Maybe when the right time comes, I'll get myself a new car but definitely not NOW. 

Baby-V in 2008 , Melaka

Baru lepas tinted, early 2012

tukar segala minyak...




tyre rim hilang sebelah!!!

kurma : buah or rempah?

Assalamualaikum wbt

Bekalan kurma dah nak habis, so memang perlu ditambah stok. As mentioned in my previous post, kurma gives us energy and essential nutrition during pregnancy. So I went to find it at Giant Batu Caves (coz it is the nearest to my place). Cari punya cari memang tak jumpa. Ikhtiar yang terakhir, approach je mana-mana pekerja Giant yang ade dekat situ...

Me : Dik, kurma dekat bahagian mana yer?
Pekerja Giant : Dekat lorong 23
Me : ok, terima kasih!


Sampai di lorong 23, penuh dengan segala jenis rempah ratus.
ok! I was looking for buah kurma, and the Giant worker assisted me to find the rempah kurma,lol!!Cakap je nak yang mana satu; Babas, Adabi, Alagappas etc..semuaa ada
 
 Moral of the story:
Be specific in asking question

I should rephrase my question:
Me: Dik , buah kurma dekat bahagian mana yer?


kurma vs rempah kurma


My other notes :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...