Assalamualaikum wbt
Syukur Alhamdulillah, sekarang sedang menghitung detik hari-hari terakhir untuk habis berpantang. Tempoh 44 hari memang panjang, tidak terbayang macam mana ada yang berpantang sehingga 100 hari. Memang tabik spring la. Untuk yg berpantang 44 hari ni pun dah ngidam macam-macam. Rasa gatal je tapak kaki ni nak pergi melihat dunia luar. Oh! Bersabarlah wahai hati, sikit je lagi ni haaaa
Pengalaman mengandung selama 9 bulan 29 hari memang sangat berharga. Setiap detik dilalui dengan penuh rasa debar, risau, seronok, cuak dan sebagainya. Menjelang detik kelahiran, macam-macam perkara berlegar-legar dalam kepala ni! Jangan tanya la perasaan time tu, segala macam rasa ada! hehe.
Untuk entry kali ni , saya nak share detik-detik kelahiran anakanda, Adam Naufal ke dunia. Setiap ibu melalui detik istimewa ini dengan pengalaman dan kisah tersendiri. Bagi saya, pengalaman ini sememangnya tidak dapat dijual beli dan tidak ternilai harganya!
Pada 29 April 2012, terasa seperti ade aliran air deras yang keluar dari V. Perkara pertama yang terlintas dalam hati " Air ketuban! Ok, jgn panik". Lepas dah salin baju dan siap-siap nak ke klinik, saya segera menelefon Dr. Marsita. Dalam perjalanan ke Pusat Bersalin Kohilal, Taman Melawati, terasa seperti macam dalam mimpi pun ada! Yerla kan, finally!!! Kalau ikut tarikh sepatutnya 30 April, tapi terawal sehari pulak air ketuban nak pecah. Sampai di klinik, saya terus diminta untuk tukar "uniform". Tanpa melengahkan masa, nurse bertugas memasukkan ubat ke dalam laluan buang air besar untuk membuang segala isi perut sebagai persediaan untuk bersalin. Lepas dah selesai semuanya, terus dimasukkan drip dan saya diminta untuk baring di atas katil dan meminimumkan pergerakan. Pada waktu itu, rasa contraction agak mild. Bukaan pun baru 3 cm. Bak kata nurse dekat situ, "kalau baru 3 cm, lambat lagi nak bersalin..rehat-rehat dulu sbb tenaga kena disimpan juga".
Bila kita dalam wad bersalin, memang tidak perasan ape yg berlaku pada dunia luar. Selang beberapa minit, mata ni memang akan tengok jam sebab nak tahu berapa lama lagi nak ditunggu. Dalam mengisi waktu yg ada, saya membaca beberapa surah dari Al-Quran dan memasang zikir di handphone. Alhamdulillah, apa yang dilakukan sangat banyak membantu saya untuk jadi lebih tenang.
drip pertama yang diberi.. |
breakfast |
Selepas hampir 10 jam, bukaan masih lagi 3 cm! Drip yang dimasukkan ke dalam badan sudah ditukar sebanyak 2 kali. Dah rasa frust sebab terasa lama menunggu tp bukaan tetap sama. Rasa sakit dah makin terasa terutama dibahagian ari-ari. Sakitnya seperti period pain but still bearable. Bila nurse dah masukkan dose yang paling tinggi dalam water drip yang ke-3, baru mula terasa berdenyut-denyut bahagian bawah perut. Pada waktu itu, jam menunjukkan pukul 6.00 petang. Badan mula terasa kebas terutama di bahagian perut hingga ke kaki. Kebetulan pula, en.suami dan ahli keluarga yang lain tiada di sisi menyangkakan lambat lagi nak bersalin. Bila kita keseorangan di kala kesakitan, kekuatan semakin hilang dan badan mula terasa lemah. Sakit contraction semakin kuat. Makin ketara bila nurse memasang CTG (alat untuk memantau denyutan jantung bayi dalam kandungan) di badan. Semakin lama bunyi / gelombang dari CTG bertambah kuat, menandakan kontraksi semakin kuat. Berkali-kali zikir dan doa di baca, semakin kuat kesakitan melanda.Setitik demi setitik air mata mula bergenang di pipi. Tiada kata yang boleh diucap untuk membayangkan kesakitan luar biasa itu. Digagahkan diri untuk menaip sms kepada en. suami, "Sakitttttttt.....". Hanya itu yang mampu ditaip.
Dalam masa 15 minit, en.suami sampai dan terus berada di sisi sehingga detik-detik akhir kelahiran. Serba sedikit, perasaan cemas beransur hilang bila en.suami berada di sisi. Memang kesakitan tidak berkurangan, sekurang-kurangnya kehadiran insan tersayang membantu memberikan sokongan moral dan emosi. Tangan en.suami digenggam erat sehingga meninggalkan kesan merah-kemerahan! Beberapa kali dia terpaksa menahan kesakitan cengkaman jari jemari isteri yang dulu selembut sutera (kononnya! haha) yg tiba-tiba bertukar macam kerengga! Apa yang paling penting, en. suami tidak panik! Pheeeeeeeew, berkali-kali dia cuba memimpin diri untuk teruskan berzikir. Air zam zam dititiskan di bibir dan cebisan kurma diberi bagi membantu mengekalkan tenaga. Seperti yg dipelajari di kelas antenatal dan melalui pembacaan sebelum ini, en.suami turut membantu saya supaya maintain teknik pernafasan yang betul bagi mengelakkan bayi lemas dalam kandungan. Perkara yang paling dirisaukan adalah jika bayi lemas dalam kandungan, doktor terpaksa melakukan pembedahan kecemasan bagi menyelamatkan kedua ibu dan anak.
Semakin lama, kesakitan makin kuat. Bila yang berhawa dingin tiba-tiba terasa semakin panas. Mujurla mak berada dalam bilik yang sama mengipas buku di bahagian muka bagi mengurangkan rasa panas yang merimaskan. Kaki yang kebas turut terasa tempias panas yang luar biasa. Ramai berkata sakit bersalin merupakan sakit kedua paling dahsyat selepas sakit menghadapi kematian.Subhanallah, jika kesakitan ini yang dilalui oleh mak 27 tahun dahulu, memang tidak mampu la saya sebagai anak untuk membalas segala jasa dan pengorbanan. Terima kasih, Mak.
Bila nurse check bukaan, sekali lagi kami dikejutkan dengan bukaan yang masih sama. Masih 3cm!! Astagfirullahalazim, besarnya dugaan Mu, Ya Allah. Melihatkan keadaan diriku yang semakin lemah, nurse memberi bantuan sedutan gas Entonox iaitu campuran gas oksigen dan nitrus oksida yg memberi kesan menghalang deria rasa daripada mengalami kesakitan dan sampai ke otak. First time diberikan bantuan pernafasan, terasa macam scene dalam drama Grey's Anatomy pulak!! Hurmm, sedutan gas Entonox membantu tapi lama kelamaan menjadi kurang berkesan untuk menghalang rasa sakit kontraksi. Disebabkan bukaan masih sama, saya bersetuju untuk diberikan suntikan ubat opiod. Ubat ini juga berfungsi untuk menghalang otak daripada merangsang deria kesakitan. Sebaik sahaja suntikan diberi di bahagian paha, saya terus rasa sangat khayal dan mengantuk.
Dengan kuasa Allah taala, bukaan yang awalnya 3cm terus meningkat ke 9cm!! Pada ketika itu, suasana di bilik bersalin sudah menjadi cemas. Dalam keadaan separa sedar, saya hanya mampu teringat suasana bilik bersalin di mana semua nurse bersiap sedia menyediakan alatan berkenaan untuk menyambut kelahiran. Sayup kedengaran di hujung telinga, salah seorang nurse berkata ..."dah nampak kepala baby! tapi doktor belum sampai lagi!" Ok, doktor belum sampai lagi kerana menyangka lambat lagi saya akan bersalin sebab bukaan awal baru 3 cm.Wujud keadaan cemas kerana bayi boleh lemas sekiranya tidak dapat dikeluarkan dengan segera. Selang beberapa minit, kelibat doktor Marsita kelihatan, Alhamdulillah! Saya yakin bukan saya sahaja yang terasa lega bila doktor dah sampai... Kesan suntikan opiod masih kuat terasa. Kaki terasa longlai dan lemah, mata terasa sangat mengantuk dan sangat susah untuk dibuka luas. Bila nurse cuba mengangkat kaki ke paras paha, kaki terus terkulai semula. En. suami dan nurse cuba menyedarkan saya supaya cuba kekal sedar. Sememangnya, segala kudrat telah hampir habis sewaktu menahan sakit kontraksi. Apabila doktor dah bersedia untuk menyambut bayi, masih jelas diingatan pada waktu itu...
Doktor : Hidayah, dengar arahan doktor. Tarik nafas dalam-dalam dan push dengan kuat bila hembus nafas. Ikut doktor: Bismillahirrahmanirrahim, rabbi yassir wala tu assir ya karim. Tarik nafas dalam-dalam..... PUSH!!
Me: (nafas ditarik sedalamnya dan dengan sekali teran........)
Me: (nafas ditarik sedalamnya dan dengan sekali teran........)
*
*
*
*
*
(tangisan baby kedengaran)
Baby boy seberat 4.0 kg selamat dilahirkan pada pukul 10.12 pm.
Baby boy seberat 4.0 kg selamat dilahirkan pada pukul 10.12 pm.
Syukur kehadrat Illahi, bayi yang dilahirkan sihat walafiat walaupun tak dijangka beratnya 4.0 kg.
2 minggu sebelum bersalin berat baby baru mencecah 3.5kg. Mungkin mommy dia berselera towards last days of pregnancy hehe. Bila baby selamat keluar dari mommy's womb, terasa seperti sebiji buah tembikai keluar dari perut!! rasa kosong perut serta merta! fuh.. Walau masih berada dalam keadaan separa sedar, masih diingat sewaktu en.suami diberikan kesempatan untuk memotong tali pusat baby untuk dipisahkan dengan uri. Baby pula keluar dalam keadaan bersih tanpa ada kesan darah, subhanallah. Dan rezeki baby juga sebab berpeluang direct feed sebaik sahaja selamat dilahirkan. Dengan berkat doa yang dititipkan semua, baby lahir dalam keadaan sihat walafiat dan saya juga berada dalam keadaan yang stabil :-)
Seperti kebiasaan, baby diazankan dan ditahnikkan oleh en.suami yang officially menjadi seorang daddy. Pada ketika itu juga, terpancar cahaya kegembiraan di wajah mak, abah dan zetty. Sekarang ni semua dah naik pangkat jadi maktok, atok dan mokcu. Bila first time tgk muka Adam Naufal, rasa macam tidak percaya pun ada. Dengan pipi yang tembam dan rambut yang lebat, terasa macam nak gomol-gomol sampai puas! Mujurla mommy dia berada dalam keadaan mamai! Rasa nak tidur puas-puas pun ada time tu.....
Seperti kebiasaan, baby diazankan dan ditahnikkan oleh en.suami yang officially menjadi seorang daddy. Pada ketika itu juga, terpancar cahaya kegembiraan di wajah mak, abah dan zetty. Sekarang ni semua dah naik pangkat jadi maktok, atok dan mokcu. Bila first time tgk muka Adam Naufal, rasa macam tidak percaya pun ada. Dengan pipi yang tembam dan rambut yang lebat, terasa macam nak gomol-gomol sampai puas! Mujurla mommy dia berada dalam keadaan mamai! Rasa nak tidur puas-puas pun ada time tu.....