Bismillahirrahmanirrahim

Bismillahirrahmanirrahim
Jom kita amalkan
Showing posts with label pregnancy tip. Show all posts
Showing posts with label pregnancy tip. Show all posts

Thursday, 26 January 2012

Khasiat buah kurma untuk semua

Assalamualaikum wbt,

When I was young, I disliked dates or kurma. Mak always reminded me to eat at least a small piece of kurma when we break fast especially during the fasting month of Ramadhan. During that time, the temptation of gobbling other foods was so high that kurma was never be on the list! Kalau boleh rase macam nak sorok je bekas kurma supaya boleh berbuka dengan makanan yang lain (ABC, air tebu, air kathira dan lain-lain!!) Did I mention that this only happened when I was young? Ahaks, yes, I did :-)

 
kuih muih beraneka warna & jenis
VS
Buah kurma

Kurma gives so much benefits for those who love it. Dr. Marsita (the gynea that I currently see for my regular antenatal check up) advised me to eat at least 7 pieces of kurma everyday. This is essential to keep my hemoglobin level at the optimum level (besides eating green veggies and drinking fresh milk  2 times daily).
In one of the books I read : Diari Hamil , I've learnt a lot on how kurma turns out to be the best snack for pregnant women.

Dari sudut kesihatan
*Kurma mencegah penyakit kronik sperti jantung dan kencing manis.
*Kurma merangsang dan memudahkan kehamilan. Ia mampu memanaskan badan dan merangsang kesihatan wanita hamil dan anak yang di kandung.

Dari sudut kecerdasan dan kecergasan:
* Kurma membantu dalam kecerdasan minda dan membantu proses tumbesaran. Menurut pakar, kanak-kanak digalakkan memakan lebih banyak buah kurma kerana ia memberi khasiat dari segi proses pembesaran, sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat
* Dalam firman Allah di dalam surah Maryam, Allah telah memerintahkan Sayidatina Maryam memakan buah kurma agar beliau mendapat bekalan tenaga untuk melahirkan Nabi Isa a.s dan sentiasa bertenaga setelah melahirkan Nabi Isa a.s, disebabkan beliau kehilangan tenaga dan darah yang banyak. Ini kerana kurma mampu membekal tenaga dengan pantas ke dalam tubuh mereka yang memakannya.

Dari sudut keperibadiaan:
*Kurma membentuk sifat penyabar, bersopan santun dan cerdas pemikiran
Maksud hadis Rasulullah SAW:
"Berilah makan buah kurma kepada isteri kamu yang hamil, keranan sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu, menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya


Dari sudut keberkatan:
*Mangambil berkat sewaktu kelahiran
Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a katanya:
"Anakku lahir, lalu aku membawanya kepada Nabi SAW lalu Baginda menamakannya dengan nama IBrahim dan meletakkan pada lelangitnya dengan buah kurma


*Makanan yang paling sempurna
Maksud sabda Rasulullah SAW:
"Rumah yang tiada kurma nescaya penghuninya kelaparan


InsyaAllah, I'll try to make sure to have plenty of kurma in my house. Everyone can eat it anytime they want. Alhamdulillah, after mak and abah balik haji baru-baru ini dapat berpeluang makan kurma nabi. Subhanallah, beruntungnya sesiapa yang dapat makan kurma nabi hari-hari! Tapi, tidak semestinya kena makan specific kurma jer, mana2 kurma yang berada di pasaran pun ok dan tiada masalah. Dan yang paling penting, perlu kita ubah cara pemikiran sesetengah orang yang menyangka kurma hanya relevan di bulan Ramadhan. Anak-anak kecil boleh diasuh supaya menyukai kurma semenjak kecil lagi. Hopefully, the information about kurma above give some insights for us to eat and live healthily, InsyaAllah :-)

Tuesday, 17 January 2012

Pregnancy books. MUST READ!

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.

Since this is my first post , I'd love to share some of the books that i've read so far. The books are all related to pregnancy. Seriously, some of these books are really good and useful especially for a first time mummy! Mesti la time awal2 kita dapat tau pasal kehamilan ade 1001 persoalan di akal fikiran, macam-macam tips akan kita dapat daripada semua orang.. itu boleh ini tak boleh, persoalannya ialah, yang mana betul yang mana tidak?! That's why it is very important for us ( hubby too!) to equip ourselves with essentials knowledge about pregnancy . The more we read, the less clueless we become (seriously, bercakap dr pengalaman yang sejemput ciput je nih). Hence there are many resources for expectant mothers such as educational DVDs, audio books, advice literature et cetera..As for me, besides blog hopping,I go for books. Senang bila boleh diletakkan dalam handbag dan dibaca bila-bila masa. Here we go, the top 3 books that I enjoy reading so far..Check them out:


Buku : Diari Hamil
Harga : RM 26
komen :
Pertama kali terpandang buku ni, terus tertarik dan sgt teruja! And the first copy that I bought was for my colleague in school, Limah. When I first got to know about her pregnancy, I immediately went to Giant Batu Caves and bought this for her. Four months later, I bought another copy. And that one was for myself, ngeheeeee...
Buku ini lain dari yang lain. Konsep diarinya meliputi Checklist, catatan ibu, memo ibu, ruang-ruang meletakkan gambar ultrasound baby dan banyak lagi! Selain dari memberi panduan lengkap kepada bakal ibu, buku ini semestinya menjadi khazanah kenangan paling berharga buat seisi keluarga yang boleh disimpan sebagai koleksi peribadi. Buat baby yang bakal lahir apabila telah dewasa dapat menghayati saat2 manis dan pahit ibu mengandungkannya. best kan???? For example, during my first trimester, I suffered from an unknown skin allergy. It was quite challenging yet frustrating because my skin looked 10 years older! Alhamdulillah, now everything is back to normal. And I have written down the so called hardship moment in this book..hahaha


tajuk buku : Buku Panduan Lengkap: Penjagaan Ibu dan Anak. Dari tempoh kehamilan sehingga anak berusia tiga tahun
Harga : RM 69.90





Komen :
Buku ini boleh dikira sebagai satu pelaburan jangka panjang juga. Harganya lebih mahal berbanding buku-buku lain tetapi isi kandungan buku ini sangat lengkap! Banyak panduan praktikal berilustrasi lengkap bg penjagaan baby dan ibu yang baru lepas bersalin - dari tempoh kehamilan hingga usia anak tiga tahun!! Antara yang menarik yang penting utk dibaca ialah cara penjagaan bayi seperti mengendalikan bayi/menyusukan/pakaian dan pemakaian/lampin dan dan penjagaan lampin/penjagaan kesihatan. Terdapat juga penyelesaian secara langsung dan wajar bagi semua masalah yang kemungkinan besar akan dihadapi oleh semua bakal ibu.Buku ini juga telah mendapat pengiktirafan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Bila ada buku ini rasa macam boleh cakap macam doktor! Penerangan saintifik yg diberikan mudah difahami disertai ilustrasi yang jelas dan terperinci.


Tajuk buku : Amalan Ibu mengandung
Harga : RM 19.90
Komen:
Dari kulit muka buku ini, dapat kita lihat wajah penceramah terkenal Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood. Cara penyampaian beliau dalam buku ini santai dan bersahaja tapi meliputi pelbagai aspek kehamilan. Terdapat ayat Al-Quran, hadis dan doa yang amat berguna untuk hafalan dan rujukan. Selain dari kaedah perubatan moden selepas bersalin, buku ini juga memberi input penjagaan dan rawatan selepas bersalin yang dilakukan secara tradisional. Petua-petua yang dikongsi amat berguna dan praktikal untuk diamalkan dalam zaman yang serba moden ini. Di bahagian akhir buku ini juga terdapat senarai nama-nama indah utk si comel yang bakal dilahirkan nanti.
Size buku ini yang agak kecil memudahkan kita membawa ia kemana-kemana sebagai bahan bacaan santai.

Tajuk buku : SOLEH & SOLEHAH Sejak dalam rahim
Harga : RM 15
 Komen :
(keterangan buku diambil dari Al-Hidayah House of Publishers Sdn Bhd)
Setiap pasangan suami isteri pasti mempunyai kisah luar biasa yang menarik untuk dikongsikan bersama. Apalagi kisah mendebarkan dan tegang, saat menunggu kehadiran si comel buah hati pengubat jiwa.
Itulah yang tersusun di dalam buku ini. Setiap susun perenggan kisahnya diceritakan secara teratur, penuh drama oleh seorang isteri bernama Miftahul Jannah. Dia membuka tabir kehidupan rumahtangganya bersama suaminya, Muhammad Yusuf Amin Nugroho. Saat penuh debaran menanti sang buah hati yang akan lebih menyerikan kehidupan mereka.
Sejak bernikah, hamil dan sehingga lahirnya sang buah hati, mereka telah mempersiapkan diri dan melakukan banyak perkara positif demi memperoleh anak yang soleh/solehah. Bermula dengan mengkaji kitab Qurratu al-‘Uyun karya Syeikh al-Imam Abu Muhammad, solat hajat 2 rakaat sebelum melakukan hubungan suami-isteri dan sebagainya.
Hayati kisah-kisah luar biasa ini, pasti setiap pasangan suami isteri akan mendapat hadiah paling istimewa daripada Allah S.W.T, iaitu buah hati yang soleh/solehah sejak dari dalam rahim.
Insya Allah…

                                                                     Lain-lain buku :
              (kebanyakan buku-buku/ majalah yg dibeli dan didapati secara percuma)

Pareenthood, Pa & Ma, Mami & baby
Kalau nak tahu pasal offer barang-barang baby, majalah mungkin sumber yang menarik. Promosi dan diskaun yang diberi memudahkan untuk kita membuat pilihan.  Cuma kadang-kadang, iklan yang berlebihan menyebabkan kandungan majalah menjadi tak seberapa.         

                                                             

From kak hasnita - tq!

Terdapat pelbagai lagi bahan-bahan ilmiah yang amat berguna utk kita tempuh alam kehamilan dan membuat persediaan selepas bersalin kelak. Apa yang dikongsi disini hanyalah secebis pengalaman yang saya harap dapat dikongsi bersama. Kedai-kedai buku seperti POPULAR BOOKSTORE, KINOKUNIYA KLCC sememangnya menjadi tempat kegemaran saya untuk menambahkan ilmu didada terutama berkaitan dengan kehamilan.

My other notes :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...