Assalamualaikum wbt
Dah masuk bulan Syaaban dan InsyaAllah tidak lama lagi Ramadhan akan menjelma. Sebelum ada anak, persiapan hendak sambut Ramadhan tidak banyak beza macam waktu bujang. Tapi bila dah ada anak ni, banyak perkara nak kena standby terutamanya berkaitan dengan stok susu. Bila kita berpuasa, badan kita memerlukan banyak air untuk memberi kita tenaga. Dalam masa yang sama, penyusuan perlu dilakukan seperti biasa. Jadi, siapa tidak risau kalau stok susu merudumkan?? Lebih-lebih lagi, ini adalah pengalaman yang pertama menyusukan anak di bulan puasa nanti.
Mujurlah saya ada join Kumpulan Ibu-Ibu Menyusukan (KIM) di Facebook. Pelbagai info berkaitan dengan penyusuan dapat dikongsi dengan semua ibu di segala peringkat umur. Antara yang paling menarik sekali ialah mengenai milk booster. Basically, xsusah pun nak buat...jom jom jommm kita lihat macam mana ;)
Susu campuran kurma, kismis dan badam
Bahan-bahan
1 gelas susu segar
7 biji badam (goreng tanpa minyak)
1 biji kurma
21 biji kismis
1 sudu teh madu (jika perlu)
1 sudu teh madu (jika perlu)
Cara-cara
Masukkan semua bahan-bahan dan blend dengan menggunakan blender. Blend sehingga berbuih. Saya tambahkan madu untuk bagi rasa lebih manis.hihi kalau rasa xnak letak pun takpe je
Sebelum minum, selawat dan baca Ya Matin (21x)
Maksud zikir Ya Matin = Maha sempurna kekuatan
Banyak lagi tips pasal cara nak tambahkan susu badan. Frankly speaking, perkara ini berbalik kepada diri kita sendiri. Kalau kita betul-betul niat nak susukan anak kita InsyaAllah, dipermudahkan urusan kita itu nanti. Peringatan untuk diri sendiri juga ni hihihih
Jom cuba jom ;)
No comments:
Post a Comment