Bismillahirrahmanirrahim

Bismillahirrahmanirrahim
Jom kita amalkan

Wednesday 9 October 2013

Demam campak : Natural remedy vs modern remedy?

Assalamualaikum wbt

Dah bersawang blog mommy brella ni huhu. Memang x done nak update cerita baru lagi terkini di sekolah mahupun di rumah. Tapi hari ni memang curi sikit masa nak update pasal demam campak.
oh, anak ku kena demam campak pula huhuh. Sebernarnya, x terperanjat sangat bila Naufal kena demam campak sebab dekat nursery ramai baby dah kena. Nak di jadikan cerita, naufal belum lagi kena inject for demam campak so memang mudah la dijangkiti virus especially bila dihantar ke pusat asuhan.

According to mak, it's ok bila Naufal kena campak time kecil sebab kalau dah besar lagi bisa and merenyam. In my opinion, lagi challenging nak jaga a toddler yang kena demam campak sebab dia tak paham kenapa ada bintat2 merah satu badan and rasa merenyam siang malam! Paling dahsyat bila dia start menggaru, habis luka kudis-kudis yang dah mula nak mengering huhuhu. Bila dah luka, lagi la rasa sakit + merenyam + tak selesa kan?? Ya Allah, memang mencabar sangat ujian Allah ni.

Bila anak kena demam campak, memang x tunggu panjang dah..terus bawa ke klinik kanak2 berdekatan. Selama ni kalau ada apa2 masalah kesihatan berkaitan Naufal memang saya dan en.suami akan bawa ke Klinik Kanak-kanak Taman Melawati berjumpa dengan Dr. Hasmawati. So far so good. Naufal memang serasi dengan doktor ni. Bila doktor tgk jer bintik2 merah dekat badan Naufal (kalau tak silap dah hari ke 3), doktor terus confirmkan yang bintik merah tu adalah demam campak. Antara ubat-ubat yang diberi ubat antivirus, tahan gatal, demam, krim sapu. Mommy dapat la MC sehari (doktor ni memang strict, dia memang payah la nak bagi MC kat mana2 parents tp kali ni sebab demam campak dapat la sehari ) ok la kan, better than nothing. Memang ada spare CRK (cuti rehat khas) kalau ada emergency, tambahla lagi dua hari dkt situ utk jadi nurse di rumah menjaga anak yang x sihat. Kebetulan pula, en. suami kena outstation seminggu uwarhhhhh.....cobaan cobaan (-_-)

Seingat saya, dulu waktu kena demam campak tak da la pula pergi klinik. Memang mak guna cara tradisional je nak bagi sembuh demam campak. Mandi air daun mambu dicampur air penawar, sapu bedak sejuk. Bila tidur malam, letak daun mambu bawah kain dan baring atas kain tu. So bila naufal kena demam campak ni , ada macam pendapat yang diberi oleh kawan-kawan dan saudara mara. Rawatan moden vs rawatan tradisional, yang mana satu pilihan kami??

Setelah berbincang panjang lebar dengan suami, kami sepakat untuk menggunakan kedua2 kaedah moden + tradisional. Bukan tak mempercayai kaedah tradisional, tapi ada sebab kenapa ubat demam campak diwujudkan. Kalau zaman dulu memang la boleh anak dibiarkan selama 1-2 minggu dirumah tanpa sebarang ubat. Sekarang memang susah nak guna kaedah macam ni, cuti yang ada pun cukup2...kesian sgt kalau anak dihantar ke nursery dalam keadaan masih xsembuh sepenuhnya. Ubat yg diberi doktor mungkin dapat mempercepatkan rawatan dalaman dan luaran. Ada yang mungkin bersetuju, ada yang mungkin tidak. Wallahualam. Kami bukan doktor, tp kami memang bertawakkal semoga apa sahaja langkah yang diambil akan beri kesan positif kepada hero kesayangan kami.

Alhamdulillah, dah masuk hari ke 5 luka dan bintik di badan Naufal sudah mula mengering. Syukur sangat-sangat. Naufal pun dah makin kurang menggaru mungkin sebab dia dah tak larat nak fikir kenapa la banyak sgt bintik-bintik kat badan dia hehe. Esok mommy dah kena masuk kerja balik! Mujurlah maktok dah volunteer nak cuti dua hari (khamis dan jumaat) utk jaga cucunya seorang ni. Ya Allah, memang tak terbalas jasa mak sejak dari lepas bersalin sampai sekarang! terlalu banyak yang mak dah korbankan. Thank you so much mak. huhuhu



tanda-tanda awal.. bintik merah berair..

Nampak makin kurus kan? huhuh sedihnya

Walaupun demam campak, anak mommy maintain active siang dan malam! Alhamdulillah. Selera makan pun tak terganggu
p/s : Jangan keliru antara Hand Foot mouth disease (HFMD) dan demam campak. Kalau bintik naik di kawasan tapak kaki dan tangan, selera makan anak terganggu, itu tanda HFMD. Demam campak selalunya bermula dengan demam dan naik bintik-bintik merah di kawasan badan kecuali di tapak tangan dan kaki. Bila dah masuk fasa hujung2 baru binitk akan naik di bahagian tapak kaki dan tangan. Wallahualam. Sekadar berkongsi info sebab sebelum ni Naufal pun dah pernah kena HFMD. 


No comments:

Post a Comment

My other notes :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...