Assalamualaikum wbt
Sekadar ingin berkongsi sedikit info berkenaan dengan doa dan surah yang boleh diamalkan oleh ibu mengandung. Sebahagian maklumat ini diperoleh melalui bahan-bahan bacaan yang banyak berada di pasaran dan juga sewaktu perkongsian pengalaman bersama rakan-rakan.

~Surah bacaan ketika mengandung
1. Surah Al-Fatihah : Untuk terang hati dan kuat ingatan
2. Surah Maryam : Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat

3. Surah Luqman: untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa
4. Surah Yusuf : Untuk memperoleh anak cantik rupa dan cantik akhlak
4. Surah Hujurat : Untuk memperbanyakkan susu ibu

5. Surah Yaasin : Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitanyang mengajak kepada maksiat
6. Surah At Taubah : Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat
7. Surah An Nahl (Ayat 78) : Untuk melahir anak yang berdisiplin
~Doa ketika menanti saat hampir bersalin
Saat hampir atau sedang menunggu untuk bersalin, kita diingatkan supaya membasahi lidah dengan zikir dan doa. Sebaik-baik doa dan wirid adalah:

Doa Nabi Yunus a.s
“Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri”.

Bacaan zikir dan doa disusuli dengan bacaan Ayat Kursi, Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falak , Surah Al Inshirah, Surah An-Nas berulang kali sehingga bersalin.
Diharap perkongsian serba ringkas ini membantu mempersiapkan diri kita dalam meniti detik-detik kelahiran dengan lebih tenang dan bersedia =) Semoga dapat menjadi rujukan kepada kita semua, Insya Allah.
No comments:
Post a Comment