Bismillahirrahmanirrahim

Bismillahirrahmanirrahim
Jom kita amalkan

Wednesday, 25 January 2012

Chef Mummy Brella: your chef at home .

Assalamualaikum wbt,

Nak di kata cekap sangat masak, rasanya masih jauh lagi la tahap ke pertandingan Masterchef Malaysia. Tapi, kalau balik ke rumah mentua gerenti kena cuba jaya pelbagai kaedah memasak. Kebiasaannya, di rumah sendiri masakan utama semestinya samada ayam,daging atau telur. Walau bagaimanapun, di rumah mentua pula, setiap hari ada segala jenis hidangan yang berunsur ikan! Pak mentua memang cekap bab-bab jenis ikan ni (unlike me..owh huhuh). Mujurla, pak mentua tak cerewet and tidak lokek ilmu untuk diperturunkan kepada menantunya ini. Thnk you, abah Man!

So baru-baru ini, bila abah Man balik dari pasar dia request supaya masak ketam (ketam pula?? dup dup dup). Memang pernah masak ketam, tapi untuk hidangan makan ramai-ramai belum cukup mantap lagi laaaaa. Dengan bantuan adik ipar, Amal, misi memasak ketam bersambal disaluti telur diteruskan...
Let's look at Mummy Brella's version of ketam bersambal di saluti telur..

Ketam yang telah dibersihkan di goreng dengan kunyit dan garam

Masak sambal tumis. Make sure, cili yang ditumis dibiarkan seketika sehingga pecah minyak, masukkan air asam, gula dan garam secukup rasa.


Gaulkan ketam yang telah digoreng dengan sambal tumis buat sehingga rata dan sebati (sorry, the picture is a bit senget)

Another version of gambar senget! Pecahkan sebiji telur dan gaulkan bersama-sama dengan ketam

Siap untuk dihidang!
So far, memang puas hati dengan hidangan kali ini. Mujurlah dapat dipraktikkan beberapa tips yang telah diperturunkan oleh bonda sendiri. Cabaran apa pula yang menanti selepas ini yer?? Kita tunggu dan lihat ;)

p/s : special thnks to amal othman for capturing all the pics

No comments:

Post a Comment

My other notes :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...