Bismillahirrahmanirrahim

Bismillahirrahmanirrahim
Jom kita amalkan

Sunday 22 January 2012

Check up Week 24 : Pencarian yang membuahkan hasil!

                                                           Assalamualaikum wbt.

        Untuk entry kali ini, saya nak berkongsi mengenai kisah menarik yang berlaku sewaktu check up untuk minggu ke 24  (approximately 6 months insyaAllah).

          Sebelum tu, untuk pengetahuan semua saya telah pergi ke pelbagai tempat untuk melakukan antenatal check up. Antara tempat-tempat yang telah dikunjungi ialah  Hospital Pantai Ampang Puteri di Kuala Lumpur, Klinik Seri Indah di Batu Caves dan Pusat Pakar Wanita Medina di Taman Melawati. First official check up yang dibuat ialah di Hospital Ampang Puteri. Pada mulanya, saya dan hubby memang berharap akan mendapat layanan yang sewajarnya utk check up yang pertama ni (sebab time tu ade masalah kulit yang agak serius, naik gatal2 satu badan). Tapi malangnya, setelah lama menunggu giliran walaupun telah membuat temujanji (almost 2 hours), baru dapat consultation dengan doktor (nama dirahsiakan) yg berkenaan. Tempoh consultation tidak lebih dari 20 minutes dan saya diminta refer kepada dermatologist  untuk skin allergy and terus kena ambil darah sehingga tinggal kesan bengkak di tangan. Allah sahaja tahu bagaimana perasaan saya dan hubby pada ketika itu. For a first time parents like us, we were quite frustrated and not satisfied with the treatment.  Terasa seperti dilayan ibarat kad Touch n  Go. Kos untuk 1st time check up = consultation fee + scan + ambil darah +  vitamin and ubat were nearly RM 400. Mungkin ada yang berpendapat harga sebegini adalah standard bagi mana-mana hospital KPJ, dan ini merupakan first check up. Masalahnya sekarang, adakah berbaloi bayaran sebanyak itu dengan layanan tidak seberapa yang diterima? Sesungguhnya perkara ini benar-benar menguji kesabaran kami....
        
         After two days, saya dan hubby buat keputusan untuk pergi ke Klinik Seri Indah di  Batu Caves for another check up. Apa yang saya betul-betul perlukan pada ketika itu hanyalah seorang doktor yang serasi yang dapat memberi saya bimbingan dan panduan sepanjang tempoh 9 bulan kehamilan. Klinik Seri Indah mempunyai beberapa cawangan di area Gombak dan Selangor. Selain daripada lokasinya yang berhampiran dengan rumah, klinik ini juga menawarkan khidmat untuk antenatal check up cuma tiada kemudahan bersalin disediakan. Doktor-doktor di klinik ini akan keep track with our progress and they will give us the recommendation whether to give birth dekat private or government depending on both mommy and baby's condition. Alhamdulillah, setelah berjumpa dengan salah seorang doktor di situ - Dr. Zulailah, we managed to get some insights utk persediaan / penjagaan ibu dan anak dalam kandungan. Kos untuk consultation dan scan ialah RM 60 (tidak ambil ubat or vitamin sebab dah diberi oleh doktor di Ampang Puteri). So, we've decided to do our regular check up here at this clinic. Tidak perlu risau dengan masalah trafik sebab lokasinya sangat berhampiran dengan rumah. Dari segi keramahan doktornya, saya dan suami cukup berpuas hati.   Untuk regular consultation dengan doktor Zulailah termasuk scan tidak pernah lebih dari RM 70. For every check up, Doktor Zu akan buat pemeriksaan dengan teliti sebagimana dilakukan di klinik kesihatan kerajaan sebab dia pernah berkhidmat di klinik kesihatan ibu mengandung sebelum ini.

           Ok, panjang betul intro sebelum nak masuk kisah check up week 24! As usual, we went to Klinik Seri Indah for the 24th week check up and we have already decided to do 4D scan later at Klinik Pakar Wanita Medina di Taman Melati. Based on my readings about the best time to do 4D scan is from 20th weeks onwards. So, siapa tak berkobar-kobar nak tgk baby dalam versi 4D kan? and some more, you'll get the CD sewaktu scan dilakukan nanti! Unfortunately, my lil baby was really shy to show his face (yes, insyaAllah we'll get a hero for my first child). Doktor jenuh la suruh mommy dia mengiring sekejap ke kiri sekejap ke kanan tapi dia tetap tak nak reveal muka dia. We could only see the pipi,telinga, jari jemari, lengan, kaki and also the sex organ. Puas doktor mencuba dapatla tengok sikit2 mulut n hidungnya (yeay!!). Tapi doktor kata for our next visit, InsyaAllah boleh nampak lebih jelas, so mummy and daddy have to wait for another 4 weeks to see our lil one. But we kind of love the excitement! Maybe baby pon rasa macam nak bagi mommy and daddy lebih teruja sampai dekat-dekat nak bersalin nanti kan. Sepanjang tempoh 4D scan dilakukan, macam-macam gaya bayi boleh dilihat dengan jelas . Sekejap ruku', sekejap hisap jari, sekejap tangan di telinga...heheh aktif betul anak mommy ni!

            Sewaktu di Klinik Pakar Wanita Medina, dengan takdir Allah, kami telah dipertemukan dengan Dr. Marsita binti Mansor. Seorang doktor dari Klinik Seri Indah -Dr. Hazirah,yang mencadangkan doktor ini untuk kami bersalin nanti. Dr. Marsita Mansor meruupakan seorang pakar perbidanan dan sakit puan. She is someone who really takes time to explain things to her patients and make them feel comfortable. Definitely not someone who makes you feel like you are taking up so much of their precious time, just because you ask more than one questions. Furthermore, she's experienced, patient and really shows her care and concern for her patients' well being. A very humble, mother like and simple lady too. Subhanallah, bukan la nak puji melambung tapi semua ini saya dan suami alami sendiri. During the 40 minutes consultation with her, doktor ini menepati segala kriteria doktor bersalin yang kami cari. Kami bukanlah hendak terlalu memilih tetapi setelah perbincangan demi perbincangan dilakukan, saya dan suami sepakat untuk mendapatkan khidmat doktor wanita muslim untuk bersalin nanti. Atas niat itu, pencarian kami selama tempoh 24 minggu telah membuahkan hasil. When we went to her private clinic, the queue was long but definitely worth the time! Allah telah menunjukkan jalan kepada kami dengan mempertemukan kami dengan Doktor Marsita. She did a very detailed scan on me, explaining every single thing about the baby.  I truly feel so relieved to know that my little hero is doing well, alhamdulillah.
             
          InsyaAllah beliau akan menjadi insan penting yang akan menyambut kelahiran putera sulung kami nanti. Kami tetap ingat bahawa kami hanya mampu merancang, Allah yang akan menentukan segalanya. Hopefully, semoga lancarlah segala urusan dari awal hingga akhir nanti, ameen.


 




      

8 comments:

  1. My gynae's name is Dr Mazita Mashor. Lebih kurang je nama! Like yours, my doc too is very2 soft-spoken and we're glad that we got her, alhamdulillah!

    ReplyDelete
  2. Haaaa..adik beradik ke dua2 ni?? tp i bet u felt truly relieved to have such gynea to assit u upon labouring. Hopefully, ours will be ok too (not asking for much coz kdg2 we never know wht cud happen can), ameen .

    ReplyDelete
    Replies
    1. I'm just glad you n hubby decided to hv your baby delivered by a female doctor. Syukur sangat2 you don't hv to go through apa yg akak dah go through. Masa 1st pregnancy, at 7 months, dr buat pemeriksaan serviks dan buat pap smear. There was a lot of blood. That was the normal procedure, he said. Lelaki pulak tu yang buat.....sabo aje la..... Malu jangan cerita la....if boleh masuk dalam kain, I would do that. Apa nak buat, masa tu Dip Ed pun tak habis lagi.... we had to go to govt hosp-UMMC.... Masa nak bersalin jangan cerita la....the whola gang datang visit n kita ni sengih aje la.....pasrah.... The third one pulak, dr dah perempuan, tp assistant lelaki. Aurat akak tak dijaga.....masa tu memang sedih coz I paid a lot of money tapi endingnya sama macam kat hosp govt. rasa nak menangis aje. Akak doakan Dayah tak menerima nasib yg sama dengan akak dan semoga auratmu sentiasa terpelihara sepanjang waktu melahirkan nanti...... Muahsss to you!

      Delete
    2. thnks for sharing your experience kak syima :)
      As what my husband said, "kita hanya mampu ikhtiar, Allah will decide the end of it".. sekurang2nya dah usaha n sekarang kena doa banyak2 dan berserah kepadaNya.

      Delete
  3. Salaam. Tumpang tanya, saya juga masih mencari gynea utk check up pregnancy, klinik pakar wanita medina menyediakan tempat bersalin juga ke? Terletak di tmn melati kan?

    ReplyDelete
  4. Salam kak. Td sy bru buat buku merah d klinik kesihatan tetapi kena refer ke klinik pakar hosp. Sbb ms scan ad 2 kantung tp baby ad satu. (Unidentified twin ). Unfortunately ms pergi terus (onthesameday) diorg suh dtg mggu dpn. Buat sy x senang duduk. Kalau sy refer klinik dr masita akak boleh bg tau tak anggaran kos berapa...?

    ReplyDelete
  5. Anggaran utk cek up and scan... Tq

    ReplyDelete

My other notes :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...