Bismillahirrahmanirrahim

Bismillahirrahmanirrahim
Jom kita amalkan

Wednesday 29 February 2012

apa ada dengan Program Sekolah Penyayang?


Assalamualaikum wbt

Lepas satu persatu program yang diperkenalkan oleh KPM untuk dijalankan di sekolah. Awal Januari hingga Febuari semua guru kelas/guru data/penyelaras tingkatan kelam kabut nak kena siapkan pangkalan data murid. Dan yang TERKINI, program Sekolah Penyayang~ Kadang-kadang terdetik juga dalam hati , “ Dah takde kerja sangat ke sampai nak kena wujud segala program-program ni?”

Kalau diikutkan selama ini pun memang dah wujud program yang lebih kurang macam Program Sekolah Penyayang cuma namanya mungkin berbeza. Antara aktiviti-aktiviti yang perlu diadakan sepanjang program ini yang akan diadakan sepanjang tahun, (mengikut helaian yang telah diedarkan):

*Mengalu-alukan pelajar di pagar sekolah (semasa pelajar memulakan sesi persekolahan/ hadir ke sekolah / pulang dari sekolah)*
- kalau cikgu perlu mengawal sebegitu rupa jawabnya kena la sediakan pondok khas untuk cikgu duduk sambil melambai-lambai kepada pelajar. Kalau cikgu nak kena alu-alukan pelajar, mungkin ada cikgu yang terpaksa menyiapkan rekod mengajar harian dan menanda buku di tepi pagar. Kalau tidak, bila lagi nak siap? Lawak tak?haih…
- sebelum ni memang cikgu bertugas akan terpacak pun time pelajar datang dan balik. Kalau nak ramai-ramai cikgu tunggu dalam satu masa yang sama jawabnya boleh bukak kedai kopi la kat situ. kesian la kan dekat cikgu-cikgu dah berjemur mesti tekak kering..kulit pun kelabu asap je pula nanti  (time ni la segala sun block dgn segala SPF tinggi akan laris di pasaran) 

*Guru mengambil peduli terhadap pelajar semasa di sekolah*
- Adakah selama ini cikgu buat tak tahu atau buat dek je dengan pelajar?
Kalau sibuk mana pun seseorang cikgu, paling tidak pun sapaan pelajar akan dibalas dengan senyuman manis dari hati hehe...
- kita bukannya robot : datang dan balik kerja tanpa ada sebarang interaksi dengan pelajar
-waktu belajar nak jadi cikgu, semestinya semua cikgu dah didedahkan dengan ilmu soft skills .. dan tidak sepatutnya bila sekarang baru nak highlight apa yang cikgu perlu buat sbb dah buat lama dah..

* Mengadakan bulan kasih sayang dan hormat menghormati*
- adakah ini bermaksud , ada sesetengah bulan amalan kasih sayang dan hormat-menghormati tidak     perlu diadakan? Aduhai… bukankah nilai-nilai ini dah diterapkan dalam kelas bagi setiap matapelajaran? Pendidikan sivik/ Bahasa inggeris/ Bahasa Melayu? 

Ada banyak lagi aktiviti-aktiviti yang akan diadakan sempena program ini. Secara peribadi, saya rasa kebajikan cikgu yang perlu diambil kira terlebih dahulu. Sedih bila dengar macam mana ada cikgu yang tidak tidur malam semata-mata nak kena siapkan data (sebab dateline yang diberi terlalu singkat). Bayangkan keadaan cikgu yang kena bersesak-sesak dalam bilik guru sambil menahan panas (air cond tidak disediakan, tapi untuk kerani di pejabat ada..wajarkah?). Apa pun, berbalik kepada perbincangan asal. Bukanla nak merungut tidak tentu pasal tapi sepanjang lebih 3 tahun mengajar (hurmm baru 3 tahun lebih, belum lagi sepuluh tahun) banyak sangat perkara asas yang melibatkan kebajikan guru dipandang enteng! 

Bila kebajikan terjaga, semangat nak mengajar dan berbakti pun tinggi. tapi bila berlaku sebaliknya, cikgu lah golongan yang sering dipersalahkan sebab tidak bersyukur dengan apa yang ada. Wallahualam, lain orang lain pendapat. Di harap suatu hari nanti kebajikan cikgu akan betul-betul terbela. 


4 comments:

  1. Sis...biasalah....ada org cakap jadi cikgu tu senang...cuba lah jadi cikgu sehari n mengajar barisan onyx n the gang...hahahah....mau terus serah surat resign....kesian kat cikgu2 kat sekolah....macam selama ni kita tak amik berat kat anak2 orang...huhuhu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kerja mengajar mmg best! tp bila kerja2 lain interfere...kualiti mengajar pun merudum. time tu, kenapa cikgu juga dipersalahkan? siapa suruh buat segala program/ system baru? lama2 back to square one juga..aduhai... KPM oh KPM...

      Delete
    2. I just wish those upper people would read your heartfelt post. benda2 ni yg buat mcm tawar hati sbb ganggu our main business.

      Delete
    3. ala tasha..masalahnya bende ni dah diluahkan berkali2, xkira la senior teachers or novice. tp so far xde beza pon? bayangkanla tasha, dalam bilik guru sekolah i ade musang n tikus! nak merasa air-con jauh sekali, bilik air cikgu perempuan hanya ada di satu tempat (3 pintu shj)!! kalau emergency macam mane? pernah sekali tu ade yang tersumbat la ape la..haih..to think back, macam mana cikgu nak rasa motivated bila basic needs pon tak boleh nak fulfill..sedih! tiba2 nak sekolah penyayang...siap ade Skuad Penyayang katenya akan dtg ke sekolah (not sure ppd ke Kpm ke sape ker) nak check on the teachers!! ape laaaaa.... :((

      Delete

My other notes :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...